【PAK 21】 Kaedah PDPC Kolaboratif & Koperatif


Berikut merupakan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang boleh digunakan oleh guru di dalam kelas.

1. Kaedah Share & Turn
  • Murid fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru.
  • Murid duduk dengan kawan atau kumpulan.
  • Murid memberitahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam.
  • Atau masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan sehingga kita mendapat kertas kita semula yang mengandungi empat isi atau idea.

2. Kaedah Think Pair & Share
  • Murid berfikir sendirian.
  • Murid bercakap dengan rakan berdua.
  • Murid membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
  • Rakan yang lain boleh menyoal (soalan diberi oleh guru).


3. Kaedah Gallery Walk
  • Murid bergerak dari meja dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain (guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari).
  • Murid menulis komen positif terhadap hasil kerja kumlupan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
  • Murid memperkemas tugasan kumpulan sendiri agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.

4. Kaedah Rallay Robin

  • Guru menyoal atau bertanya murid.
  • Murid memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
  • Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan.
5. Kaedah Menyoal & Membimbing

  • Guru meminta murid menulis soalan di kad.
  • Jawapan ditulis di belakang.
  • Guru mengumpul kad yang ditulis oleh murid.
  • Guru menyerahkan kad kepada murid.
  • Murid diberi masa untuk membaca soalan dan jawapan.
  • Murid bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal.
  • Pemegang kad memberi klu utk menjawab soalan tersebut.
  • Murid bertukar rakan untuk soal dan jawab.


6. Kaedah Idea Rush
  • Murid fikir apa yang guru soal.
  • Murid menulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat.
  • Murid lain tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan.
  • Guru kumpul semua jawapan dan pilih satu atau dua yang terbaik.
7. Kaedah Fan & Pick
  • Murid duduk dalam kumpulan.
  • Setiap murid memilih nombor untuk diri sendiri. (Contoh: 1-2-3-4)
  • Murid tunggu guru memberi kad.
  • Murid secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan menjawab soalan.
  • Contoh:
    • No 1 : Ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke-2.
    • No.2 : Menjawab solan.
    • No.3 : Menilai jawapan betul atau salah.
    • No.4 : Merumus jawapan tersebut.


Join kami di group telegram....Search @Mykssr
Untuk cikgu cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Like Page kami and Join Facebook kami. Kami sentiasa menyediakan bahan dalam bentuk direct download yang memudahkan para guru / ibubapa download bahan

Facebook Page: https://www.facebook.com/mykssr

Facebook Group: KSSR Online




Recent Posts Widget
<!- start disable copy paste --></!->
【PAK 21】 Kaedah PDPC Kolaboratif & Koperatif 【PAK 21】 Kaedah PDPC Kolaboratif & Koperatif Reviewed by Mykssr on 9:57 PM Rating: 5

No comments:

Join Telegram Channel kami

Join Telegram Channel kami
Dapatkan Bahan Pendidikan Terkini
Powered by Blogger.