Contoh RPH Bahasa Malaysia Untuk PdPc PAK-21




Berikut merupakan contoh RPH Bahasa Malaysia untuk PdPc pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

TARIKH 14 Ogos 2015 MASA (1430 – 1540) KELAS 2A
MATA PELAJARAN Bahasa Melayu Tingkatan 2
TEMA / TAJUK Karangan fakta – Langkah-langkah mencegah penularan wabak denggi.

OBJEKTIF
Pada akhir pelajaran, pelajar dapat :

1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peribahasa berkaitan dengan tajuk karangan secara berkumpulan.
2. Membina sebuah karangan fakta yang lengkap secara berkumpulan.

HPU / HPK / HHP
2.0 / 2.3 / Aras 3
ii . Memantapkan idea dengan mengemukakan fakta daripada pelbagai sumber rujukan sebagai contoh dan bukti.
7.0/ 7.6 / Aras 1
i. Mengenal pasti dan mengutarakan gambaran umum dan isi-isi penting daripada pelbagai bahan.

AKTIVITI
1. Guru melekatkan kad manila yang mengandungi objektif pembelajaran di sudut papan putih.
Didik Hibur (Set Induksi)
2. Pelajar menyanyikan lagu wabak denggi bersama-sama untuk merangsang pemikiran dan pengetahuan pelajar tentang denggi.
Peta Pemikiran
3. Pelajar melengkapkan peta pemikiran bulatan tentang denggi. Kemudian guru bersoal jawab dengan pelajar untuk memberi gambaran keseluruhan tentang wabak denggi.
Sistem Trafik
4. Guru meminta pelajar menyatakan pendapat tentang peribahasa yang sesuai berkaitan dengan topik pembelajaran. Rakan sekelas akan mengangkat ‘kad trafik’ untuk menyatakan persetujuan mereka.
Jigsaw Puzzle
5. Pelajar membentuk kumpulan dan melakukan aktiviti berkumpulan atas arahan guru. Pelajar dikehendaki bergerak ke kumpulan lain untuk membincangkan isi-isi penting tentang wabak denggi.
6. Pelajar kembali ke kumpulan masing-masing untuk berkongsi isi-isi penting yang diperoleh dan membina sebuah karangan yang lengkap dengan menyelitkan sekurang-kurangnya satu peribahasa.
Gallery Tour
7. Pelajar mempersembahkan hasil dapatan mereka di stesen kumpulan masing-masing. Semua pelajar akan bergerak ke setiap stesen mengumpul maklumat baharu.
8. Guru turut melakukan pemantauan untuk mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
9. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang hasil dapatan mereka. Guru turut menyelitkan soalan KBAT.
10. Wakil pelajar membuat rumusan tentang topik yang dipelajari. Guru membincangkan objektif yang tercapai.
Exit Ticket
11. Sebelum keluar kelas, pelajar dikehendaki menulis rumusan secara individu pada sehelai kertas dan menyerahkan kepada guru.
PENGISIAN KURIKULUM ILMU : Pengetahuan am, alam sekitar, wabak denggi

NILAI : Bekerjasama, bertolak-ansur, keberanian, cinta akan alam sekitar.

KBT : Menganalisis, menyaring, menjana idea, menilai, membuat keputusan.

BBM : Papan putih, kertas sebak, pen marker, kad manila

KBAT : Andaikan anda seorang Menteri Kesihatan, apakah peranan yang paling utama dan berkesan yang akan dimainkan oleh anda untuk memastikan negara bebas daripada sebarang penyakit berjangkit? Mengapakah anda merasakan langkah tersebut berkesan?
REFLEKSI : (Tuliskan apa yang anda perhatikan dalam kelas untuk penambahbaikan.)

Untuk cikgu cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Like Page kami and Join Facebook kami. Kami sentiasa menyediakan bahan dalam bentuk direct download yang memudahkan para guru / ibubapa download bahan

Facebook Page: https://www.facebook.com/mykssr

Facebook Group: KSSR Online




Recent Posts Widget
<!- start disable copy paste --></!->
Contoh RPH Bahasa Malaysia Untuk PdPc PAK-21 Contoh RPH Bahasa Malaysia Untuk PdPc PAK-21 Reviewed by Mykssr on 2:57 PM Rating: 5

No comments:

Join Telegram Channel kami

Join Telegram Channel kami
Dapatkan Bahan Pendidikan Terkini
Powered by Blogger.