5 Aplikasi Berkesan Untuk PdPc PAK-21



Untuk memastikan pembelajaran abad ke-21 dijalankan secara berkesan di dalam kelas, guru boleh menggunakan lima aplikasi di bawah semasa PdPc.


1. Kahoot!

Kahoot merupakan satu aplikasi online yang membolehkan guru membina kuiz interaktif yang terdiri daripada soalan pelbagai pilihan. Guru boleh tambah pelbagai media seperti imej, gambar rajah dan video ke dalam soalan-soalan yang dibina. Selepas membina kuiz, kuiz tersebut boleh dimain secara serentak dalam kelas.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Kahoot! di SINI.


2. Padlet

Padlet merupakan satu platform untuk murid belajar secara kolaboratif. Dalam Padlet, guru boleh memberikan murid satu topik dan murid boleh mengaksesnya dan meletakkan nota, gambar, audio dan video yang berkaitan di bawah topik tersebut. Aplikasi ini mendorong pembelajaran bersama dalam kalangan murid.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Padlet di SINI.

3. Plickers

Plickers merupakan satu aplikasi yang mudah dan senang digunakan. Guru yang mempunyai akses internet boleh membina soalan dan soalan akan dipaparkan kepada murid. Murid akan menunjukkan jawapan mereka menggunakan kad Plickers. Setiap kad adalah unik untuk setiap murid. Kad mereka akan diimbas menggunakan telefon pintar dan data akan dimuatnaik kepada soalan. Jawapan murid dan analisis boleh didapatkan secara real time.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Plickers di SINI.


4. Quizizz

Quizizz merupakan satu aplikasi untuk membina kuiz interaktif. Kuiz yang dibina boleh dijadikan kerja rumah untuk murid. Analisis jawapan murid juga boleh diperoleh secara mudah dalam aplikasi ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Quizizz di SINI.



5. Tarsia

Tarsia merupakan satu aplikasi untuk membuat jigsaw puzzle. Guru hanya perlu menaipkan soalan dan jawapan dalamnya dan puzzle tersebut akan dijana secara automatik. Aplikasi ini senang digunakan dan murid akan berasa seronok menyelesaikan puzzle.

Untuk muat turun Tarsia, klik SINI.

Semoga perkongsian ini boleh memanfaatkan guru dan memudahkan kerja guru sementara meningkatkan KBAT murid dalam PdPc PAK-21.

Untuk cikgu cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Like Page kami and Join Facebook kami. Kami sentiasa menyediakan bahan dalam bentuk direct download yang memudahkan para guru / ibubapa download bahan

Facebook Page: https://www.facebook.com/mykssr

Facebook Group: KSSR Online




Recent Posts Widget
<!- start disable copy paste --></!->
5 Aplikasi Berkesan Untuk PdPc PAK-21 5 Aplikasi Berkesan Untuk PdPc PAK-21 Reviewed by Mykssr on 4:06 PM Rating: 5

No comments:

Join Telegram Channel kami

Join Telegram Channel kami
Dapatkan Bahan Pendidikan Terkini
Powered by Blogger.