Garis Panduan Penyediaan Nota Serah Tugas Untuk Guru Bertukar 【Download】




Garis Panduan Penyediaan Nota Serah Tugas

Download:Garis Panduan

Download:Contoh Nota Serah Tugas

Download:  Contoh Surat Rayuan  Pertukaran EGTukar

4.1 Penerangan Am
4.1.1 Hanya pegawai-pegawai kumpulan ‘A’ dan ‘B’ sahaja yang perlu mengemukakan
Nota Serah Tugas. Kumpulan ini termasuklah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Lepasan Siswazah (PPPS), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
(PPPLD), dan Pegawai-pegawai Guna Sama yang bertugas di setiap peringkat
Jabatan Pelajaran Perak.

4.1.2 Tiada had bilangan muka surat yang ditetapkan.

4.1.3 Sebanyak 5 Salinan Nota Serah Tugas yang perlu disediakan, dan salinan-salinan
tersebut perlulah diserahkan dan disimpan oleh pihak-pihak berikut:
i. Ketua Perkhidmatan
ii. Bahagian Pentadbiran atau Perkhidmatan di Kementerian / Jabatan /
PPD / Sekolah Berkenaan
iii. Ketua Bahagian / Ketua Jabatan
iv. Pegawai yang akan mengambilalih tugas, dan
v. Simpanan peribadi pegawai yang akan bertukar.

4.1.4 Nota Serah Tugas ini perlulah di’binding’ atau dibukukan.

4.2 Garis Panduan / Format Penyediaan Nota Serah Tugas
4.2.1 Perkara 1 – Surat Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah Tugas
(Muka Surat - i)
1. Pegawai yang bertukar perlu menyediakan surat dengan menulis:
i. Nama Penuh
ii. Jawatan Yang Disandang
iii. Tempoh Menyandang Jawatan
iv. Menandatangani Surat

2. Nota Serah Tugas yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Ketua Jabatan
/ Ketua Sektor / Ketua Unit / Pengetua / Guru Besar untuk disemak.

3. Ketua Jabatan / Ketua Sektor / Ketua Unit / Pengetua / Guru Besar
kemudian perlu memanjangkan Nota Serah Tugas berkenaan kepada
Bahagian Pentadbiran Kementerian / Jabatan / Sekolah. 


4. Nota Serah Tugas ini seterusnya diserahkan kepada Pegawai yang
mengambilalih jawatan tersebut dan Pegawai berkenaan hendaklah
menandatangani Surat Akuan Terima Nota Serah Tugas.

4.2.2 Perkara 2 – Senarai Tugas Jawatan
(Muka Surat – ii)
Pegawai yang bertukar perlu menyenaraikan tugas-tugas sepertimana yang
tercatat di dalam senarai tugas rasmi jawatan. Sekiranya pegawai yang dilantik
mengisi mana-mana jawatan melalui jawatan yang dipegangnya maka jawatan
yang berkenaan perlu juga dicatatkan.

4.2.3 Perkara 3 – Kedudukan Terakhir Tugas-tugas Belum Selesai
(Muka Surat – iii)
Terdapat 5 ruangan mengenai tugas-tugas yang belum selesai perlu disediakan:
1. Tugas-tugas Yang Belum Selesai
Pegawai yang bertukar perlu menyenaraikan semua tugas-tugas yang belum
selesai semasa pegawai meninggalkan jawatan.

2. Kedudukan Sekarang
Pegawai perlu melaporkan kedudukan terkini bagi tugas-tugas yang belum
selesai seperti yang dinyatakan.

3. Tindakan Susulan
Pegawai yang akan bertukar perlu memaklumkan kepada Pegawai yang
akan mengambilalih tugas mengenai tindakan lanjut atau tindakan susulan
yang diperlukan bagi tugas-tugas yang belum diselesaikan.

4. Rujukan Fail, Pegawai, Jabatan Yang Berkaitan
Pegawai yang akan bertukar perlu mencatatkan maklumat-maklumat
berkenaan no rujukan fail, nama pegawai dan Kementerian / Jabatan yang
berkaitan dengan tugas yang perlu dirujuk oleh pegawai yang
mengambilalih tugas sekiranya timbul masalah berhubung dengan tugastugas
yang belum diselesaikan.

5. Catatan
Pegawai yang akan bertukar boleh mencatatkan maklumat-maklumat
tambahan yang difikirkan perlu diketahui oleh pegawai yang akan
mengambilalih tugas supaya perjalanan kerja yang ditinggalkan tidak
terjejas. 


4.2.4 Perkara 4 – Senarai Harta Benda / Peralatan Pejabat
(Muka Surat – iv)
Pegawai yang akan bertukar perlu menyenaraikan semua harta benda /
peralatan pejabat / asset hak milik kerajaan yang diberikan kepada pegawai
semasa menjawat jawatan terakhir.


4.2.5 Perkara 5 – Kedudukan Kewangan / Akaun dan Lain-lain
(Muka Surat – v)
Ruangan ini / Perkara ini hanya perlu disediakan oleh pegawai-pegawai yang
menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kewangan dan
akaun. Maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan merupakan laporan
kedudukan kewangan semasa pegawai yang akan meninggalkan tugas.


4.2.6 Perkara 6 – Fail Meja
(Muka Surat – vi)
Fail Meja perlu disertakan sebagai sebahagian daripada Nota Serah Tugas dan
dirujuk sebagai Lampiran ‘A’1
Salinan Fail Meja hanya perlu diserahkan kepada Pegawai yang akan
mengambilalih tugas dan Bahagian Pentadbiran / Perkhidmatan Jabatan /
Sekolah berkenaan sekiranya salinan tersebut tidak pernah diserahkan sebelum
ini.

4.2.7 Perkara 7 – Manual Prosedur Kerja
(Muka Surat – vii)
Manual Prosedur Kerja perlu disertakan sebagai sebahagian daripada Nota
Serah Tugas dan dirujuk sebagai Lampiran ‘A’2
Salinan Manual Prosedur Kerja hanya perlu diserahkan kepada Pegawai yang
akan mengambilalih tugas dan Bahagian Pentadbiran / Perkhidmatan Jabatan /
Sekolah berkenaan sekiranya salinan tersebut tidak pernah diserahkan sebelum
ini.

4.2.8 Perkara 8 – Lain-lain Hal
(Muka Surat – viii)
Pegawai yang akan bertukar boleh mencatatkan sebarang maklumat tambahan
atau maklumat am berhubung dengan kerja dan jawatan yang disandang.
Catatan-catatan ini hendaklah berupa maklumat yang boleh membantu dan

dapat dijadikan garis panduan kepada pegawai yang akan mengambilalih tugas. 


*
Download

Download:Garis Panduan

Download:Contoh Nota Serah Tugas


Lihat Juga :

1. Contoh Surat Rayuan  Pertukaran EGTukar

 Join kami di group telegram....@Mykssr https://telegram.me/mykssr Untuk cikgu cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Like Page kami and Join Facebook kami. Kami sentiasa menyediakan bahan dalam bentuk direct download yang memudahkan para guru / ibubapa download bahan
Facebook Page: https://www.facebook.com/mykssr


Facebook Group: KSSR Online




Recent Posts Widget
<!- start disable copy paste --></!->

Garis Panduan Penyediaan Nota Serah Tugas Untuk Guru Bertukar 【Download】 Garis Panduan Penyediaan Nota Serah Tugas Untuk Guru Bertukar 【Download】 Reviewed by we on 5:23 PM Rating: 5

No comments:

Join Telegram Channel kami

Join Telegram Channel kami
Dapatkan Bahan Pendidikan Terkini
Powered by Blogger.