Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Am Ujian Aptitud Tahun 6 2016
1. Sejenis ujian psikometrik (ujian yang mengukur trait psikologi seperti kebolehan am, potensi, personaliti)
2. Ujian yang mengukur potensi murid sekolah rendah untuk berjaya dalam pembelajaran yang akan dilaluinya di masa hadapan mengikut kebolehan, minat dan kecenderungan.
3. Ujian yang mampu meramalkan kejayaan murid dalam program
pembelajaran yang dirancang khusus untuk mereka
4. Satu alat pentaksiran alternatif yang boleh digunakan
untuk tujuan pemilihan
Tujuan Ujian Aptitud:
Untuk mendapat data bagi tujuan pemilihan murid-murid yang
layak memasuki program khusus pendidikan seperti SBP, Sekolah Sukan, Sekolah
Seni, Sekolah Men Agama dan tujuan pemilihan yang lain.
Disebabkan ujian aptitud merupakan kertas soalan
tertutup dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan peperiksaan, maka tidak
ramai yang tahu bentuk soalan ujian. Masing-masing tertanya-tanya bentuk
soalan.
Format Ujian:
Satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi tiga
Bahagian dengan 61 item.
Masa menjawab - 90 minit, iaitu 1 jam 30 minit.
Tiga bahagian adalah seperti berikut:
a)Bahagian I : Kemahiran Berfikir (20 item)
b)Bahagian II: Kemahiran Menyelesaikan - Masalah dan Membuat
Keputusan (20 item)
c)Bahagian III: Minat, Kecenderungan (20 item) Kesediaan (1
item)
Contoh-contoh soalan:
1. Pilih huruf yang sesuai untuk mengisi tempat kosong
bertanda ( ) bagi urutan berikut:
H, K, N, Q, ( )
A. P
B. R
C. S
D. T
2. Jika Siang :: Malam maka Panjang ::
A. Bulat
B. Kurus
C. Pendek
D. Rendah
3. Empat beradik Along, Angah, Uda dan Ucu membahagikan wang
sebanyak RM1000 seperti berikut:
Along mendapat sebanyak jumlah wang Uda dan Ucu. Jika Angah
mendapat RM400, berapakah wang yang diterima Along?
A. RM150
B. RM200
C. RM300
D. RM600
Join kami di group telegram....@Mykssr https://telegram.me/mykssr Untuk cikgu cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Like Page kami and Join Facebook kami. Kami sentiasa menyediakan bahan dalam bentuk direct download yang memudahkan para guru / ibubapa download bahan
Facebook Page: https://www.facebook.com/mykssr
Facebook Group: KSSR Online
<!- start disable copy paste --></!->
Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Am Ujian Aptitud Tahun 6 2016
Reviewed by Cikgu C
on
8:19 AM
Rating:

Tq 🙏🏻
ReplyDelete