5 Elemen P&P Untuk Pembelajaran Abad Ke-21


Dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), kita perlu sentiasa mempertimbangkan 5 elemen penting semasa merancang and melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

5 Elemen Penting:
  • Set Induksi
  • Pengembangan / Pengajaran Berasaskan Aktiviti
  • Pengukuhan & Pengayaan
  • Penilaian
  • Kesimpulan / Penutup

1. Set Induksi
Teknik / Kaedah: 
Lontaran soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), cungkil idea, situasi berdasarkan tajuk dalam kehidupan, rangsangan visual berdasarkan tajuk, cuba teka, nyanyian / didik hibur, bercerita, lawatan, berkongsi maklumat dan celik IT.

5 prinsip set induksi yang baik adalah seperti berikut:
  • Menarik perhatian / timbul perasaan ingin tahu
  • Sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman murid
  • Jangkamasa terhad
  • Berkaitan dengan objektif pembelajaran
  • Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid



2. Pengembangan / Pengajaran Berasaskan Aktiviti
Teknik / Kaedah:
Ciri Umum - Komunikasi, kreatif, kritis, kolaboratif, KBAT, kontekstual, didik hibur dan unsur kecindan (jenaka).

Kaedah - Kooperatif, main peranan, kerja lapangan, simulasi / lakonan, eksperimen, inkuari penemuan, stesen dan i-Think.

  • Round Table
  • Think-Pair-Share
  • Hot Seat
  • Deklemasi Sajak / Nyanyian
  • Pembentangan Hasil Sendiri
  • Role-Play
  • Gallery Walk
  • Three Stray, One Stay
  • Peta i-Think

(Untuk maklumat lanjut, sila klik SINI.)

3. Pengukuhan & Pengayaan
Teknik / Kaedah:
Mengembangkan pengetahuan yang dipelajari, menerapkan dalam situasi sebenar / kehidupan seharian dan mencungkil idea baru.
4. Penilaian
Teknik / Kaedah:
Informal / Formatif
  • Pemerhatian
  • Lisan
  • Kuiz
  • Soal jawab
  • Perbincangan
  • Penilaian kendiri

Formal/ Sumatif
  • Ujian
  • Laporan Pembentangan Murid
  • Tugasan / Hasil Kerja Murid
  • Folio


5. Kesimpulan / Penutup
Teknik / Kaedah:
  • Mencari maklum balas objektif pengajaran
  • Merumuskan isi pengajaran dan pembelajaran
  • Penambahbaikan
  • Membincang pencapaian / impak
  • Menggunakan traffic light, smiley faces. mimik muka, kad maklum balas

Satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya meliputi kelima-lima elemen penting di atas. Oleh itu, kita harus sentiasa mempertimbangkan lima elemen penting ini semasa merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kita.

Join kami di group telegram....@Mykssr https://telegram.me/mykssr

Untuk cikgu cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Like Page kami and Join Facebook kami. Kami sentiasa menyediakan bahan dalam bentuk direct download yang memudahkan para guru / ibubapa download bahan
Facebook Page: https://www.facebook.com/mykssr

Facebook Group: KSSR Online




Recent Posts Widget
<!- start disable copy paste --></!->

5 Elemen P&P Untuk Pembelajaran Abad Ke-21 5 Elemen P&P Untuk Pembelajaran Abad Ke-21 Reviewed by Mykssr on 11:21 AM Rating: 5

No comments:

Join Telegram Channel kami

Join Telegram Channel kami
Dapatkan Bahan Pendidikan Terkini
Powered by Blogger.