PLC: Peer Coaching - Demi Pembelajaran Abad Ke-21 [Free Download Panduan & Borang]


Peer Coaching, atau juga dikenali sebagai Bimbingan Rakan Sebaya, merupakan salah satu langkah untuk mewujudkan Komuniti Pembelajaran Profesional (Profesional Learning Community – PLC).

Peer Coaching merujuk kepada strategi sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru lain menggunakan kitaran prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi. Peer Coaching juga merupakan satu strategi untuk memperbaiki pelaksanaan kurikulum terhadap strategi, teknik dan kemampuan guru dalam pembelajaran.

Peer Coaching melibatkan dua atau lebih rakan profesional bekerja bersama-sama untuk mencermin amalan semasa, berkembang, menghalusi dan membina kemahiran baharu, berkongsi idea, mengajar satu sama lain, menjalankan penyelidikan dalam bilik darjah dan menyelesaikan masalah di tempat kerja.
Terdapat tiga model dalam Peer Coaching. Tiga model tersebut adalah seperti berikut:
Model 1 – Coachee mengajar dan coach memerhati
Model 2 – Coach mengajar dan coachee memerhati
Model 3 – Co-teaching (coach dan coachee mengajar bersama-sama)

*Coach merupakan guru yang lebih berpengalaman daripada coachee.

Dalam ketiga-tiga model di atas, coach dan coachee perlu melaksanakan tiga proses, iaitu prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi untuk menjayakannya.


Semasa prakonferensi, coach dan coachee berbincang untuk mengenal pasti topik, matlamat dan fokus pengajaran.

Semasa pemerhatian, pemerhati mencatat dan merekod segala data.

Semasa pascakonferensi pula, pembentang membuat penilaian kendiri dan pemerhati berkongsi data dan cadangan.

Setiap proses harus dicatat dalam borang-borang yang berkenaan. (Free download di bawah.)

Untuk muat turun panduan yang lebih menyeluruh, klik link di bawah.

Untuk muat turun borang-borang yang berkenaan, klik link di bawah.

Join kami di group telegram....@Mykssr https://telegram.me/mykssr

Untuk cikgu cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Like Page kami and Join Facebook kami. Kami sentiasa menyediakan bahan dalam bentuk direct download yang memudahkan para guru / ibubapa download bahan
Facebook Page: https://www.facebook.com/mykssr

Facebook Group: KSSR Online




Recent Posts Widget
<!- start disable copy paste --></!->

PLC: Peer Coaching - Demi Pembelajaran Abad Ke-21 [Free Download Panduan & Borang] PLC: Peer Coaching - Demi Pembelajaran Abad Ke-21 [Free Download Panduan & Borang] Reviewed by Mykssr on 12:22 AM Rating: 5

No comments:

Join Telegram Channel kami

Join Telegram Channel kami
Dapatkan Bahan Pendidikan Terkini
Powered by Blogger.