Program Transformasi Minda (PTM) - Nota PTM [Free Download]



Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam, Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.
Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah: 
  • pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan 
  • pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum.
Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat: 
  • pegawai telah hadir dengan jaya PTM; atau 
  • hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau 
  • lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.

Bahan rujukan dan nota disediakan mengikut segmen. Klik untuk muat turun.
Negara dan Perkhidmatan Awam
Tanggungjawab dan Peranan Pegawai
Budaya Kerja Kelas Pertama

Untuk cikgu cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Like Page kami and Join Facebook kami. Kami sentiasa menyediakan bahan dalam bentuk direct download yang memudahkan para guru / ibubapa download bahan
Facebook Page: https://www.facebook.com/mykssr

Facebook Group: KSSR Online




Recent Posts Widget
<!- start disable copy paste --></!->

Program Transformasi Minda (PTM) - Nota PTM [Free Download] Program Transformasi Minda (PTM) - Nota PTM [Free Download] Reviewed by Mykssr on 10:14 PM Rating: 5

No comments:

Join Telegram Channel kami

Join Telegram Channel kami
Dapatkan Bahan Pendidikan Terkini
Powered by Blogger.