Pembelajaran Abad Ke-21 : 9 Contoh Aktiviti Dalam Kelas


Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21 kerana kurang memahami konsepnya . Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.

1. Round Table
  • Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
  • Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
  • Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
  • Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah,
2. Think-Pair-Share
  • Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
  • Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
  • Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.


3. Hot Seat
  • Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
  • Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
  • 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.
4. Deklemasi Sajak / Nyanyian
  • Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
  • Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
  • Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
5. Pembentangan Hasil Sendiri
  • Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
  • Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.
6. Role-Play
  • Murid diberi peranan dan watak.
  • Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
  • Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.
7. Gallery Walk
  • Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
  • Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
  • Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.
8. Three Stray, One Stay
  • Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
  • Hasil kerja ditampal.
  • Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
  • Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

9. Peta i-Think
  • Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
  • Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Like Page kami and Join Facebook kami. Kami sentiasa menyediakan bahan dalam bentuk direct download yang memudahkan para guru / ibubapa download bahan 
Facebook Page: https://www.facebook.com/mykssr

Facebook Group: KSSR Online




Recent Posts Widget
<!- start disable copy paste --></!->

Pembelajaran Abad Ke-21 : 9 Contoh Aktiviti Dalam Kelas Pembelajaran Abad Ke-21 : 9 Contoh Aktiviti Dalam Kelas Reviewed by Mykssr on 2:59 PM Rating: 5

No comments:

Join Telegram Channel kami

Join Telegram Channel kami
Dapatkan Bahan Pendidikan Terkini
Powered by Blogger.